Kenapa memberontak ? Kerana pada masa ini, kita dalam kecelaruan identiti. Antara minat, cita - cita, harapan dan impian. Ada yang kuat pegangan, ada yang hanyut dalam syurga sementara. Ada juga yang hanyut dalam cinta monyet tapi ada yang dapat memanipulasi ia sebagai kekuatan untuk pergi lebih jauh. Sebagai kekuatan untuk berubah, untuk menggapai kejayaan. Ada juga yang terkena kejutan budaya, lalu hanyut. Ada yang meneruskan minat tanpa memikirkan sebab dan akibat.
Aku ? Aku pilih sendiri jalan hidup aku. Aku tak mohon matrikulasi sebab aku dah tau macam mana keputusan SPM aku. Tak sehebat 'mereka' . Aku punya permohonan UPU, isi main - main jer. Sebab aku dah set up my mind yang aku nak pergi UniKL MSI . Ada jugak yang sambung belajar tapi atas sebab tertentu. Sebab sukan, biasiswa. Tapi yang aku sedih, abaikan pelajaran sebab sukan. Sukan macam tak boleh bawak pergi IPT ? Kawan aku, dia penyebab aku menjadi ruggers. Boleh jer sambung belajar dekat UiTM Arau, Dip Sains Sukan. Team Malaysia, Kedah dan UiTM Lions masih panggil dia. Walaupun dia tengah belajar. Cuba pikir, kita tak sambung belajar dan terus bersukan. Kalau injured yang menyebabkan terus tak boleh bersukan, dengan apa kita nak cari kerja ?
* Aku bukan baik sangat. Tetap ada celanya. Tapi ilmu itu penting bukan, kita tak boleh hidup dengan bergantung dengan bakat sahaja.
* Aku bukan cemburu. Tapi aku risau kalau kawan aku yang bercinta tak dapat bezakan yang mana lebih utama.
* hidup ini memang palat, tapi esok masih ada *
No comments:
Post a Comment